Wednesday, August 19, 2015

TIGA JENIS RANGKAIAN KOMPUTER YANG ASAS


■Rangkaian Kawasan Setempat(Local Area Network-LAN)
■Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)
■Rangkaian Kawasan Metropolitan(Metropolitan Network-MAN)


Rangkaian Kawasan Setempat LAN

Terhad kepada batasan geografi yang kecil.
■Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau kampus
■Fungsi asas LAN-
■Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer.
■Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
■Cara pemasangan
■Rangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio


Rangkaian Kawasan Luas(WAN)

■Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas.
■WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
■Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
■Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung secara global dan antarabangsa seperti internet.


Rangkaian Kawasan Metropolitan MAN

■Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
■Rangkaian MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
■Dengan menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
■Contoh penggunaan MAN-perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.




No comments:

Post a Comment